Farewells

Pertemuan dan perpisahan itu satu lumrah kehidupan. Sebagai seorang anak, kita berpisah dari keluarga apabila mula untuk berdikari. Dihantar ke sekolah berasrama, kolej atau universiti mahupun ke tempat kerja.

Di tempat-tempat ini kita bertemu pula dengan rakan-rakan, yang sekepala, tidak sekepala, yang mencuit hati, yang membuatkan hati panas. Pelbagai feel dan ragam.

Namun tiba masa kita berpisah, dan perpisahan itu ditangisi juga dalam diam.

Pada hujung tahun lepas dan awal tahun ini, dua rakan seperjuangan masing-masing mendapat tawaran untuk bersama keluarga / bakal suami tercinta. Seorang lagi rakan baru pula mengejar peluang untuk perkembangan kerjaya.

Makanya kami berpisah, namun kerana perpisahan ini bakal membawa kebaikan… saya redha. Dan gembira bagi pihak rakan yang akan meninggalkan bumi Perak ini.

Tapi tak lengkap lah kalau tak buat jamuan perpisahan, betul tak? (apa da, mood melankoli dah habis. ^^)

Ok, ampun sebab ambil gambar after. Gambar before takde.

Yang dirai, Pn Dart. Gambar gegar sebab tuan punya tangan kekenyangan.

Yang ini meraikan Ila dan Syida di Kuala Kangsar

Tempat makan.


Selamat maju jaya sahabat! Moga kita berjumpa lagi!



Cik Atun: Selamat datang kepada yang baru melapor diri. Betullah kata orang, patah tumbuh, hilang berganti.

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.