Musim Orang Kahwin

Atun jenis yang suka tengok statistik blog. Teringin nak tahu dari mana pembaca datang, post apa yang paling orang berkenan nak baca.

Hasilnya...


Untuk minggu ni saja... dah ada 110 views. ^^

Maybe it's not a big deal for other bloggers who had tons of readers, but this is quite a feat for my blog. Haha.

Tapi memang logiklah... kalau diikutkan sekarang ni dah bulan 9. Kad undangan ke majlis perkahwinan saya pun dah dapat 2 keping. Dari rumah sebelah dan juga kawan rapat semasa di universiti. Pasti bakal-bakal pengantin yang nak melangsungkan perkahwinan awal tahun depan sudah merajinkan diri survey apa yang patut.

Tambah pula dengan kecanggihan teknologi sekarang. Taip-taip je dapat info. Kan senang? :D

Saya harap, sedikit sebanyak, tulisan saya yang terdahulu itu dapat membantu bakal-bakal pengantin yang membaca. Bukan apa, saya juga pernah mengalami dan menempuhi detik-detik itu. Adakalanya kepala berserabut sampai akhirnya jadi blur, tak tahu apa-apa. Almaklum... ada majlis yang besar menanti. Perlu dibuat sehabis baik, tetamu yang datang sekurang-kurangnya rasa berbaloi datang dari jauh hendak melihat pengantin.

Sebelum terlupa, tahniah diucapkan buat Rafie Ramli dan kekasih hati yang juga kini isteri tercinta (cewahh) Felinna Nadea Ed Fattah. Semoga kalian bahagia melayari bahtera perkahwinan... Sebelum pembaca terpinga-pinga, ya, Rafie Ramli ini adalah Rafie Ramli yang sama dari Captura Studio yang memberi saya diskaun untuk fotografi kahwin saya! Haha. Jasamu dikenang!

Dah terlanjur mengucapkan tahniah, mabruk (مبر وك) buat Xora dan juga Husna yang telah selamat bersalin... Anak kalian memang comel! Cemburu rasanya melihat walau hanya dalam gambar. Walaupun kita tidak mengenali... saya pembaca blog anda, terasa tidak lengkap pula tidak mengucapkan tahniah on this happy occasion.

Kehabisan idea pula untuk meneruskan penulisan. Setakat ini dulu.



Cik Atun: Tulis blog pun takde idea. Guano nih?

1 comment:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.