Wajah baru, nama baru dan semangat baru!

October 11, 2010
Helo, selamat petang! (berjangkit pulak... baru lepas angkat telefon tadi.)

Ya, seperti yang anda semua dapat lihat, layout saya sudah berubah! Ambik mood wedding la konon, dengan berbakinya 25 hari saja lagi daripada hari majlis. XD Aduhai, terasa banyak betul benda yang belum disettlekan.

Cakap pasal things to be settled ni, memang havoc betul persiapan saya. Tak organised langsung. Motto persiapan saya ni macam, hentam sajalah! Asalkan ada, sudah. Yang paling tension sekali, rasanya famili saya lah. Ampunkan daku wahai emak, ayah, along dan adik... T_T Akibatnya tercipta la nickname saya - yang saya dah abadikan sebagai title blog yang baru - iaitu;

THE last-minute BRIDE

Memang segalanya (or hampir segalanya) were done in the very last minute. Kalo diikutkan cakap seorang kawan;

mentang-mentang engkau engineer, semuanya siap sipi-sipi je sebelum deadline.

jawapan saya;

well, hello...! Tak semua engineer macam aku. And lagipun, engineer ni banyak sangat deadline nak kena kejar, so first things first la kan. Kami ni keja ikut real-time. (walaupun saya tak tahu utk wedding ni, apa sebenarnya the top priority. T_T)

so... meminjam format Xora, update se-zasss... layankan apa yang berlaku dalam minggu lepas...

1. Cik Pinas belanja makan kek Secret Recipe, Trans Fat-free peach cream cake for my birthday. ^^ Tenkiu my pren. Lab u.

2. Pegi ambil sampel di kaunter Lancome Malaysia... kerana satu produk baru akan muncul di pasaran, TEINT MIRACLE, saya diberi peluang for a mini make over and a sample was given at the end of the make-over session! Sila rujuk laman facebook Lancome Malaysia ye... best giler foundation die, very light and smooth. Tapi too mahal for my tiny budget, RM130 per 30 ml bottle.

3. Dapat sudahkan puasa 6 di bulan Syawal, alhamdullillah. Dalam banyak - banyak perkara yang dibuat dalam tahun ini, bab puasa nila yang rasa syukur sangat - sangat. Sebab dah banyak tahun berazam nak try, tapi baru tahun ni boleh buat. Syukur kepada Yang Maha Esa.

4. Pegi fitting baju sanding. Alhamdulillah, walaupun tidaklah serupa 100% dengan design yang saya pinpoint dalam majalah pengantin, hasilnya memuaskan... dan yang penting, tak perlu pakai inner yang memanaskan badan tu, sebab semuanya tertutup. Sopan. Suka. ^^ Tak amik gamba. Nanti takut basi. Hahaha~ (padahal sebab lupa. Dah tanggal baru teringat.)

5. Tukar baju sanding malam. Takmau pakai gaun. Nampak gemuk. Tukar dengan baju lain. Akibatnya, plan asal untuk sanding malam terpaksa dirombak semula. Masih belum ditentukan tentatif program. Aduhaiii... XD

6. Tolong ayah dan emak mengecat rumah. Penat rupanya mengecat ni... sakit tengkuk sebab melangut. Naik tangga tak sampai 2m dah gayat macam naik KLCC sampai tingkat paling atas. Buat lawak je. T_T

7. Test run buat hantaran. Tidaklah semudah yang dijangka. PENING.

8. Pegi studio photography dekat dengan rumah. Captura Studio namanya. Sampai agak lewat sikit daripada yang dijanjikan, atas sebab... mengecat. XD Nasib baik En. Rafie (yang menunggu) sangat sabar menunggu. Haha~

First impression: Eh eh. Mudanya.

Kemudian sembang punya sembang, lepas saya buat muka comel pleading... En. Rafie pun mengalah dan bagi saye diskaun! (Adakah kerana dah naik muak tengok muka comel yang tak berapa nak comel pun sebenarnya?) Yeay~~~!!!! TQ sesangat! Bila balik: mode happy sebab dah settle kan photographer.

9. Singgah bank nak keluarkan duit sebelum balik Ipoh. Tersentap. Kad ATM hilang. Sudah. Cepat - cepat balik and cancelkan kad tu. Check balance, duit masih ada. Sesen pun tak hilang. Thank you Allah... T_T

10. Isi semua borang, ingatkan ayah sain borang kebenaran nikah and amik tandatangan saksi. Minta ayah segerakan penghantaran borang. Ini yang paling kritikal sekali. Minta - minta ayah dah anta arini.

11. Minta tolong mak jahitkan veil. Sori mummy, dah lambat macam ni baru bagi.

12. Balik lambat ke Ipoh. Drive laju gila. Bila sampai baru mengucap panjang. XD Bahaya betul.

13. Keluar makan dengan En. Q. Sembang - sembang kosong, tapi terselit juga bab - bab serius. Seperti jangan membazir. Ye... orang ingat...

So, harini. Sudah buat kad ATM. Membayar RM 32 untuk kad baru. APAKAH???? Rosak program gue.

Lepas menaip ni, saya nak ke SSF. Membazir duit. Hoho... Nak ke Parkson, ambik sample Clinique yang ditawarkan. Tak ambil rugi. Nak ke kedai Bata beli kasut sukan. Nak pegi kursus 2 minggu pulak bermula hujung minggu ni...lagi bertambah pening.



Cik Atun: Hebat sungguh dugaan Allah ini... rasa berdebar - debar pulak dalam hati.

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.