Searching for a silver lining on my cloud...

Bunyi tajuk macam kelakar aje. Lantakla... bukan ada sape baca. Hhahaah~

Harini mood seperti biasa. Tak berapa nak ceria atau berduka. Flat aje. Huhu... mengantuk tahap gaban masih seperti biasa, kaki cramp malam semalam menganggu gugat my beauty sleep.

Malam semalam lepas menonton Baker King Kim Tak Goo di KBSWorld saya pun terus buka laptop dan update checklist...
Yerr... saya lebih suka Office OneNote daripada Excel. Dengan berbekalkan list Xora sebagai rujukan, saya buat balik checklist ni sendiri. Best kan? Lagipun OneNote bleh tambah gamba, copy terus daripada internet, etc etc. Mudah.

Setiap kali tengok checklist tu, setiap kali itula saya rasa macam akan diserang dengan serangan jantung. Tengokla banyak sangat yang belum bertanda right, saya terasa tertekan dan terus tertekan.

Nak kata saya tak buat preparation, saya buat. Cuma boleh buat sikit-sikit saja dalam sehari. (Post inipun scheduled entry)

Cakap pasal persiapan ni, teringat pula yang saya PERLU ke SSF, mencari kain organza. Dan ke kedai manik yang baru dikenalpasti di pekan lama. Dan juga ke kedai borong untuk membeli gula-gula. Bila nak pergi? Tak pasti. Kerana saya ni lebih a lone ranger (mak ayah di kampung, jauhnya hampir 200km away. Encik Q juga begitu... walau tidak di pulau, masih di seberang.), kadang-kadang nak pegi sendiri tak best, takde sapa nak ditanya,

Yang ni lawa tak?

Nak ajak kawan, kesian kat diorg sebab baru-baru ni beban kerja sedikit bertambah. Tak mahu susahkan orang...

So, progress preparation this week? 10% from the remaining 50% yang belum siap. Sebab yang dibuat cuma melipat kad kawin, distribute kad... dan buka invitation di facebook. Haih~ penatnya saya... itu tak tambah dengan pasal photographer lagi, macam yang saya cakap dalam post ni.

All that dilemma and hard times aside, today is my birthday! Alhamdullillah syukur kepada Allah kerana membenarkan saya bernafas, sihat walafiat sepanjang 25 tahun saya berada di bumi-Nya ini. Syukur....

Teringin nak celebrate.
Gambar Sunhwa (SECRET), penyanyi Korea yang comel. Sekadar hiasan. Ini bukan gamba saya ye, saya tidaklah se- gorgeous ini.



Cik Atun: Saya puasa harini. Nak lebih keberkatan di hari lahir. ^^

4 comments:

  1. semoga panjang umur, diberkati rezeki, selamat dunia akhirat, insyaallah... happy birthday cik atun! =D

    ReplyDelete
  2. terima kasih An.. ^^ May Allah bless u. :D

    ReplyDelete
  3. selamat ulang tahun..may Allah bless,guide n protect u olwiz..

    ReplyDelete
  4. Cik Cu... thanks for the wish. ^^

    ReplyDelete

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.