Hukum Pemakaian Inai Bercorak/Henna Art

Terima kasih untuk that certain somebody *hugs* kerana mengingatkan saya mengenai perkara ini....

Sejak kecik lagi saya memang suka bab inai - berinai ni. Masih lagi ingat mempeghosah (memaksa, dalam loghat Perak) sepupu lelaki memanjat pokok inai, nak ambik daun untuk ditumbuk dan dipakai. Selalunya aktiviti ni akan dibuat sehari sebelum raya, bila masa mak - mak sekelian sibuk di dapur, kanak - kanak riang ria ni bersuka hati buat planning sendiri.

Mesti ada yang tertanya - tanya, kenapa dipanjat pokok itu? Kenapa tak ditakik saja sedahan dua? Jawapannya, takut opah saudara marah. Karang dilaung,

luke pokok aku nanti!

Nak memanjat sendiri pula takut, sebab bersebelahan pokok inai itu ada sebuah perigi, yang memang menakutkan kerana kedalamnannye. Akibatnya sepupu lelakila yang dijadikan mangsa. Kesian diorang bila diingat balik, sepupu inilah yang disuruh itu ini...

ndak yang pucuk je, daun tua tak ndak! Nanti tak merah!

Diorg pun sporting, menurut saja. Bab menumbuk lain pulak cerita, tapi yang itu diceritakan kemudian saja. Sebabnya sudah lari dari tajuk ni... XD

Berbalik pada topik asal... tadi saya bersembang dengan Cik Pinas dimana nak buat inai / henna art, sebab saya memang suka henna art ni. Dulu selalu buat sendiri, untuk suka - suka, di tangan kiri saja selalunya. Tapi untuk kawin nanti, takkan saya nak buat sebelah tangan saja kan?

Jadinya saya pun minta cadangan kawan saya yang sorang ni. Kemudian saya diingatkan untuk check dulu mengenai fatwa pemakaian inai bercorak ni, sebab topik ni memang tidak dinafikan agak 'shady'. So saya pun pegi la 'mencari' Portal Rasmi Fatwa Malaysia untuk dapatkan kepastian (anda boleh klik di sini untuk portal rasmi).

Saya terjumpa post ini, dan saya dengan bangganya men'copy' dan paste untuk tatapan semua.


Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.


Wallahualam...



Oleh yang demikian rakan dan taulan... berfikirlah kita sejenak mengenai perkara ini.



Cik Atun: Renungkan...

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.