Dilema mencari wedding photographer

Susah betul nak wat pilihan ye.... ni mula la, kepala pun rasa semacam saja. Boleh tak, sesiapa yang drop by, saya nak tanya. Berapa budget anda untuk wedding photography? Teringin nak tahu...

Ya, saya mengaku budget saya rendah. Dan hometown saya bukanlah area KL, yang boleh suka-suka hati nak panggil photographer KL naik ke area saya. Charge pengangkutan apa semua lagi kalau ditambah, memang sudah lari budget.

Salahkan saya inginkan gambar yang cantik? Ya, ada banyak jurugambar utara yang ambil lawa jugak, tapi hampir semuanya melebihi budget saya. Nak kata ciput sangat budget saya tu tak jugak, dah nak dekat sama je dengan menyewa pelamin, baju bersanding etc. Masih rendahkah budget itu? Saya pun tak pasti.

Yang pasti, famili memang sudah kata,

Ikut suka kamulah...

En Q juga begitu.

Ikut awaklah...

Tapi saya juga sedar, dalam mereka berkata begitu, mungkin mereka masih rasa, duit itu kalau disimpan, banyak boleh dibuat... sewa rumah at least 2 bulan, downpayment kereta pun boleh.... arghhhh... sungguh dilemanya saya...

Saya inginkan gambar yang membuatkan saya tersenyum apabila menatapnya. Mungkin segalanya tidak akan dapat dirakamkan dalam 20 muka surat bergambar, tapi kenangan itu akan masih ada, dalam minda saya...

Dilema... dan terus dalam dilema.....



Cik Atun: Apsal la ayat mengarut. T_T Malas nak edit dah.

9 comments:

  1. Cik Atun..sy amik OP dr Alor Setar..rege pun ok gak..

    ReplyDelete
  2. yeke.... siapa ek? bleh gak survey2 lagi. I'm keeping my options opened.

    saya sebenarnya dah survey 2 photographer, each ada speciality masing2... gamba pun passed my criteria.

    but biasa la... nak kuar ribu-riban pikir sampai 3 juta kali. XD

    Thanks for the info!

    ReplyDelete
  3. atun try bkak www.pengantin.biz...kat ctu de 3 pakej.so,atun bleh pilih mn yg ssuwai ngn bajet..

    ReplyDelete
  4. thanks for the info. will check sesuai dengan budget or tak. ^^

    ReplyDelete
  5. yang..i ritu amik asyiek from shutterspeak..i dpt price ok sbb i mntak quot lama dah..asyiek ni dok penang..dia kata shutterspeak dah revise price..anyway sonok working with him..sgt xberkira time..imagine dia smp umah i utk pic mekap 930 abis outdoor kul 7??with no extra charge!

    and i rs good photo penting gak yang..sbb ingatan kite ni bukan nye always fresh all the details..it will fade..so those pic la yg buat kita ingt even tiny2 thing kan?

    ReplyDelete
  6. uii shutterspeak... xde budget la, milady! T_T

    but really, thanks for the info.. actually this weekend i went back to my hometown, jumpa dengan photographer yang based kat sana.

    Alhamdulillah... urusan dipermudahkan oleh Allah.

    ReplyDelete
  7. Gambar kahwin ader lah satu kemestian yg akan menjadi dan simpanan kenangan yg tidak dapat di ulang semula....Ramai yg ambil sambil lewa bab photo kawin ni...Sebenar nyer mereka tak sedar yg mereka banyak membazir bila membeli barang-barang kahwin, kad jemputan, dan lain2...Duit boleh cari, tapi kenangan yg berlalu tanpa simpanan akan lenyap begitu sahaja...

    ReplyDelete
  8. Try tanya www.ukir.com.my

    ReplyDelete
  9. huhu... majlis saya dah selamat diadakan pun.. dan saya hire Captura Studio. Sangat berpuas hati. ^^

    but I agree with you about investing. Dah selesai majlis, bila tunggu official photographer nye gamba... sangat tak sabar sebab gamba gamba kamera biasa tak berapa jelas...

    so sangat gembira sbb decide utk invest for wedding photographers. Alhamdulillah.

    ReplyDelete

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.