Update Kilat! Zaasss~

(Haha~ meminjam tagline Wahid dalam Melodi)

1. Mood hari ni memang agak kureng skit. Thus the just-before-this-post entry. Mungkinkah kerana saya berpuasa Allah telah menurunkan ujian buat saya supaya pahala puasa itu bertambah? Masyallah, thank you Allah.

2. Hari ini saya berjaya menjalankan misi 10 000 langkah dalam sehari seperti yang disyorkan oleh KKM. ^^ Saya jalan dari ofis ke bank, mengambil masa hampir 15 minit pergi dan 15 minit balik. Rasanya lebih daripada 10 000 langkah yang saya ambil hari ni. Alhamdulillah.

3. Dalam perjalanan balik saya singgah di satu kedai India di little India di Ipoh, membeli ini!


Strictly for merenjis only! Bukan untuk kegunaan bancuh bunga rampai. Lagipun RM1 je, for 300 ml. Berbaloi - baloi! :P

4. Balik dari ofis terus membeli 5 keping capati untuk berbuka puasa. Ya, anda tak silap baca. Memang 5 freaking pieces! Saya telah menjadi tamak haloba. Astaghfirullah. Tapi saya habis makan 5 keping pun. Kerana tidak mahu membazir. Dan juga kerana sedap. Dah lama tak makan capati kat kedai mamak dekat Medan Gopeng tu. Sesapa yang singgah Ipoh, silala try. Kuah parpu die sedap. Sardin pun sama. 2 thumbs up! (Cuma Atun tak beli sardin, sebab perut tak berapa tahan. Too hot for my stomach.)


5. Selepas membeli capati, saya singgah di tempat yang beli pomander ball dulu. (Pomander ball malas nak DIY, takut tak jadi. So g beli je kat kedai ni. Mahal or tak, idakla tau. Main rembat jer.) Berbalik kepada topik asal.... saya beli ini!


Dalam plastik tu bunga... mana bleh tunjuk lagi. Haha~ and some artificial baby breath kat dalam paper tu. Untuk apa, masih belum dipastikan. Tapi insyaallah akan guna. Perlu guna! Sebab... dah beli... kalo tak guna, tak ke membazir?

6. Selepas berbuka, tiba - tiba menonton Pisau Cukur di Astro Ria. Kenapa kata tiba - tiba? Ha ha~ Secara jujurnya, saya bukan peminat cerita Melayu yang terkini, waima filem mahupun drama. Nur Kasih yang gila top tu pun saya tak tengok. Or apa, Asmaradana? Eh, bukan... cite Lisa Surihani tu. Ape? Adamaya ek?

Berbalik pada Pisau Cukur, the film was surprisingly nice. Haha~ Even though the way they potrayed the cruise interior was 'the very' not nice, but I think Maya and Fazura saved the film tremendously. They were downright adorable.... Sungguh tak sangka saya rasa Fazura itu comel dalam filem ni. Oh my Prada!

The most important thing is, the film lifted my sour mood! Thanks Astro Ria. LOL

7. Esok adalah hari untuk pick up invitation card from Merchantile Press. I hope everything would be fine, berjalan lancar dan tak de masalah.... insyallah.



Cik Atun: Doakan saya!

2 comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.