2-in-1 update: Kad Kawin dan Ujian HIV

Salam~

Sebenarnya semalam lagi sudah beria - ia mahu meng'update' berkenaan kad kahwin... walaupun dah melawat kedai printing tu pada 21hb. Sebab tak bayar deposit dan tak buat test print, so macam tak berani nak update dalam blog ni lagi. Tapi nak wat cemana, agaknya Allah nak uji kot, ada 'kejadian' berlaku petang semalam pas balik kerja. Terus takde mood nak update ke ape... Kejadian yang dimaksudkan, biarla saya, famili, En. Q dan kawan-kawan rapat je yang tahu.

So berkenaan kad kawin, waktu lunch hour semalam saya pun dengan jayanya pergi ke kedai printing yang telah dilawati hari sebelumnya tu. Nama kedai ialah Merchantile Press (kedai ni di Pekan Ipoh Lama ye, owned by an Indian family).

Kedai ni sebenarnya di'recommend' oleh sorang kawan di pejabat... (TQ Husna!) Sebenarnya dah pegi ronda Ipoh ni, mencari kedai printing. Satu kedai printing yang dilawati ngan En. Q kata  die takleh print (adeke kata camtu. Kedai printing takleh print? Nonsense betul). The other, tunggu punya tunggu, die penye designer tak datang - datang. Masa tu En. Q dah janji ngan mama die nak pegi somewhere, so kitorang blah macam tu je. Ada jugak pegi kedai lain ngan kawan ofis, Cik G-rah (TQ dear!), namun tidak membuahkan hasil kerana sangat mahal! Adeke nak RM 1.80 per kad yang simple! Paling murah pun RM 1.60. Mana mau cekau duit maaaa??

Then dok bising - bising ngan Cik Finn nak cari kedai printing lain, baru Husna bagitau kedai yang kakak dia pernah buat dulu kat pekan lama. Sebab Cik Finn nak g pos opis, saya pun tumpang sekaki mintak die tulung drive kan saya g kedai tu skalik (TQ Cik Pinas! Jasamu sungguhla akan kukenang sampai bebila). Pusing punyala pusing... (kalo ikut direction Husna bagi macam senang...) tapi tak jumpa-jumpa! Akhirnya setelah Cik Finn dah tawaf hampir 3-4 kali dan call Husna 2-3 kali, barula jumpa.... Begitula alkisahnya!


So semalam, saya drive sendiri je. Tak sampai hati nak susahkan sesapa lagi. Huhu~ And sampai2... saya dilayan oleh Ms. Preya yang juga telah melayan saya hari Selasa dulu. She is very nice, very patient and very soft-spoken. Pendek kata, PR bagus. Saya pun mintak die test print, and die explain kat saya yang test print ni guna digital printing, so tak sama dengan hasil offset printing yang akan dibuat dengan kad saya. (Oh ya! Saya ada bagitau dlm post dulu kan, saya wat design sendiri untuk kad kawin saye?) Lagipun my card will be matt laminated, so the end finish will also be different.

I had no choice but to trust the expert la kan... lagipun saya puas hati dengan penjelasan tadi. So then I paid 50% deposit, which is in my opinion quite a lot. Huhu.... She wrote 3 receipts, one for my copy, one for the kedai's admin copy, and one was inserted into a folder she opened for me. Dalam folder ada copy of that particular receipt, my own black-and-white copy of end product (my card la basically), and a copy of test print of the card... seperti gambarajah dibawah. Hehe.

Sudah kira ada sneak preview lagi of my card. LOL
Anyway... we'll have to wait until my cards dah siap di print baru nak komen on the quality. Tapi overall about the kedai was nice. The staff were very helpful, the kedai was very clean (I never thought a printing company will be this clean and organised.) Boleh jugak nak wat rubber stamp ke, kad raya ke, buku resit ke kat kedai ni. Kalo nak tempah kad kawin pun boleh, diorg boleh designkan for you if you don't have your own design. Harga pun berpatutan, which was the MAIN reason I tempah my cards here in the first place. Another sneak peek...


Let's wait for another 7 to 10 working days. By then I'll get my cards and I'll review on it later! Tak sabar rasanya nak tengok hasil tangan sendiri. XD

Sudah pasal kad, harini saya pergi ke Klinik Kesihatan Jalan Bijih Timah, which is very near to my workplace to get my HIV test done and over with. I went around 12.15 p.m., but the person at the counter told me the test will only be done at 2 p.m... Huhu. So terpaksa balik pejabat again, wat keje skit2, then kuar makan dulu.. dalam 2.30 petang baru sampai the clinic... (Susahnya cari parking!)

Saya diminta bagi IC (dia dah kenal muka agaknya.. huhu. Terus minta je. Agaknya sebab tak ramai patients) dan duduk isi satu survey on quality. Sebenarnya tak berapa kena nak suruh isi quality survey even before I do whatever I came for, but malas nak argue, saya pun isi je borang tu. Dah siap isi, bagi balik kat Puan di kaunter, dia bawak saya pergi ke bilik Makmal Patologi. Which was only like 10 steps from the counter. Huhu. Siap escort lagi.


Diminta isi satu borang lagi (yang ni untuk HIV test) dan bila dah siap isi, sorang staf klinik bernama En Zul datang dengan senyuman dan jemput saya masuk dalam bilik (sebelum ni borang tu diisi di luar. Ada meja kat situ.) Then die pun tanya bila majlis, saya pun bagitaula tarikhnya. Sambil sembang dia keluarkan semua peralatan yang nak digunakan, letak atas meja dan bagitau, 'Nak ambik setitik darah je, sebab ujian saringan. Tak sakit...'

Then die amik jari hantu saya, letak alat tu, and pricked my finger. XD Sakit jugakla, sakit terkejut. Pastu die picit my finger so that a little bit more blood oozed out. Dia amik sampel, masukkan dalam tempat tester tu. Pastu dia minta saya tunggu kat luar dalam 10 minit dan lap saya punya jari dengan alcohol.

Dengan jayanya saya tunggu... and exactly after 10 minutes, he gave me the result in a sampul by softly saying, 'Alhamdulillah, tak de apa-apa...'

Very happy because it took less than half an hour to do the test, saya pun excitedly berlari - lari anak balik ke kereta. Lagipun sudah hujan. (Ipoh dah jadi macam Taiping, asyik hujan jer....) Sampai di pejabat sudah basah kuyup. Nak wat cemana. Nasib badan. Jari terasa sakit, tapi sikit je, lebih kepada rasa berdenyut... Biasalah, takkan tak sakit langsung. Nama pun dicucuk.

So sudah selesai 2 perkara untuk wedding dalam minggu ni. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana melancarkan urusan saya... Thank you Allah...



Cik Atun: Many thanks to Pinas, Husna and G-rah! What would I do without you guys? *Sob*

2 comments:

  1. hai, cik atun print bape RM? kira sekeping tu dlm bape sen ek? blh share.nk pegi jgk la.kt pekan lama kn..

    ReplyDelete
  2. atun print 1000 keping so dpt sgt murah, RM700.kire 70sen sekeping. Kalo kurang dr 1000 keping,die nak dlm RM1.30.

    ReplyDelete

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.