Mari Sedar Diri...

Sudah lama tak update blog ni. Kali terakhir pasal kad kawin and test saringan HIV. Which was like, a week ago.

Bukan nak mengadu but lately semenjak countdown sudah menjadi 40 hari dan semakin berkurangan, saya jadi semakin tension. XD Sebab apa? Terasa banyak mende yang nak kena settle, banyak duit nak kena keluarkan, sedih sebab famili kena keluarkan duit diorang jugak for my own wedding plus terasa takut majlis saya nanti tak begitu menarik (in terms of deco & everything) untuk dipandang oleh mata sendiri.

Teringat pada entry Xora mengenai Cik Bedah, mulut - mulut diorg nilah yang saya takleh tahan sebenarnya. Panas je rasa hati bila mengingatkan kejadian waktu bertunang dulu. XD Sodih den...

Lagi satu, bila bloghopping, or facebook pun cukuplah... tengok majlis kawan - kawan yang vogue, siap dengan dais menarik, baju lawa bling - bling, hantaran and deco pelamin guna fresh flowers... hati menjadi teringin. Aku pun nak jugak macam ni, cantik... bisik hati sendiri.

Kemudian mencarila serata pelosok dunia... sbb tau nak kena guna artificial flower sbb tak mampu nak grand guna fresh flowers... nak yang nampak cam real la katakan. Bila tak jumpa hampa... bila jumpa hampa jugak sebab mahal sangat. Nak beli kat SSF mahalla pulak. Sudahnya, tak beli apa...

Semalam saya melawat kembali blog Misi 5 April, tiba - tiba a sense of ape ntah... realisation? dipanah petir? pencerahan agung? saya kembali berpijak di bumi nyata. Jangan berangan lebihla Atun... kalau budget sikit tu, wat cara budget sikit. Jangan melebih nak jadi macam mak datin. Diorang ada duit takpela nak wat kenduri besar tahap gaban.

Meminjam kata - kata daripada LadyNoe di blog Misi 5 April tu...

Perempuan itu bukan anak orang kaya. Dia sendiri kerja makan gaji sahaja.

Sayalah perempuan itu. Duit simpanan pun tidak ada. M'andang kata orang Perak. Kenapa tak ada? Sebab saya bukan jenis menyimpan. 4 tahun di UK, duit yang ada lebih - lebih sana sini masuk Tabung Haji, belanja ayah and mak, menyara hidup saya selama menganggur sebelum dapat kerja. Lepas dah kerja, duit yang dapat simpan keciput saja. Maklumlah jauh dari rumah sendiri, sewa, makan, kereta, nak balik kampung, bil sana sini... kena bayar sendiri. Itu tak masuk belanja ntah apa - apa yang tak tahula apa dia. XD

Jadinya sekarang saya perlu mula sedar diri. Budget tak banyak, sila jangan menyusahkan orang lain. Sila sedar diri bahawa duit nak pakai lepas kawin jugak, kalo habiskan utk majlis, tak ke naya. Sila amalkan besederhana. Lantakla mak bedah dari kalangan keluarga besar nak cakap apa pun. Sila pekakkan telinga.

Sekian entry emo untuk kali ni.



Cik Atun: Sila sedar diri... anda tu makan gaji jer. Sila - sila la menabung untuk masa depan sendiri.

2 comments:

  1. yup! samela kite... tp sbnrnye kalu pkai artificial flower pun cntik gak. cume kna kretip...
    neway, gud luck dear!

    ** kite exchnge link ea! =D

    ReplyDelete
  2. thanks An... mmg nak kena kreatifla kalo pakai bunga artificial ni, tapi masalahnya yours truly ni... kekurangan skit bab bab tu.

    anyway, will try my best utk jayakan apa yang boleh dibuat. Will try harder and try my best.

    thanks again. and will link u too. ^^

    ReplyDelete

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.