Review: Klinik Pergigian Alan Adlan, Bandar Baru Bangi

*Disclaimer: This is not a sponsored post

Dua batang gigi atas anak saya yang sulung, Haifa dah terlalu teruk goyangnya. Sebenarnya Haifa ni jenis penakut sikit, dia takdelah nak goyangkan sangat gigi dia tu. Satu hari, masa tengah sedap makan Chupa Chups anak saya yang kedua tu datang tarik lolipop tu daripada mulut dia. Memang tercabutlah sikit gigi si Haifa, cuma tak tercabut terus je. Ada lagi akar yang masih tertanam kat dalam.

Dua minggu jugalah saya berzikir, 'jomlah pergi cabut gigi Haifa...' 'jom cabut gigi' tapi bila nampak dia macam agak takut saya ikutkan saja rentak dia.

Baru-baru ni saya tengok dia main dengan gigi yang bergoyang teruk tu dan terus beritahu suami, 'Sabtu ni jom bawa Haifa cabut gigi'.

Kawan tu mulalah jebik buat muka takut tapi kalau dibiarkan, sudah dia nak makan. Nak gigit biskut lembut pun punyalah payah. Akhirnya Haifa setuju setelah dimomokkan nanti mak beli ais krim mahal untuk Haifa.

Klinik pilihan kami ialah Klinik Pergigian Alan Adlan di Bandar Baru Bangi, sebabnya Haifa pernah ke sini sebelum ni untuk cabut gigi bawah. Dan sebelum tu pun saya pernah baca review klinik ni yang mengatakan doktornya mesra dengan budak-budak so eloklah kan. Takdelah Haifa nervous sangat nanti.

Sebelum pergi saya call klinik buat appointment dulu sebelum pergi. Nak walk in pun boleh sebenarnya, tapi takut juga kalau appointment penuh nanti kena tunggu lama. Maka pada jam 10.30 pagi, kami empat beranak pun pergilah ke klinik tersebut...

Klinik di tingkat bawah jadi tak perlu naik tangga. 

Masa kami sampai, ada seorang patient di dalam so kami menunggu di luar sambil menonton siri kartun Mr. Bean yang ditayangkan. Haifa macam biasa duduk tak diam sambil menunggu, yang si adik pun ikut sama. Agaknya itu cara dia meredakan keresahan, wallahualam.

Ikutkan klinik ni selesa dan cantik, mungkin kebersihan tu nak kena improve sikit sebab lantai rasa sedikit berpasir. Hehe.

Kaunter yang cantik. Tengoklah Haifa tu... memanjat sana sini.

Ini pula laluan menghala ke bilik rawatan
Agak lama juga kami tunggu, dalam 15-20 minit (memandangkan ada seorang saja patient kan). Yang mula tak senang duduk suami... sebab risau pula kalau lambat nanti susah pula Haifa nak makan tengahari. Si kecik tu pun dah mula berjalan sana sini, bosan agaknya.

Nasib baik ada rumah kecil ni, bolehla main masuk rumah keluar rumah
Di klinik ini juga ada jual produk penjagaan kesihatan gigi, bolehlah juga cuci mata sementara menunggu giliran.
Lepas tawaf klinik dua tiga kali, barulah Haifa dipanggil dan saya tinggalkan Hana dengan suami dan menemani Haifa ke bilik rawatan. Polisi di klinik ni, hanya seorang sahaja yang dibenarkan menemani pesakit.

Baca dan hadam.
Mulanya awal-awal lagi saya dah minta suami yang masuk bersama tapi agaknya dia rasa ngeri kot. Last-last saya juga yang temankan Haifa, sama seperti masa pertama kali mencabut gigi dahulu. Mulanya Haifa macam berani je tapi sampai je dalam bilik rawatan muka dah berubah. Naik kerusi pun merangkak. Aduahi anak.

Doktor kali ini doktor perempuan... yang mencabut gigi Haifa sebelum ni doktor lelaki. Umum tahu kalau doktor gigi ni... stigmanya ialah doktor perempuan kerjanya kasar sedikit sebab tenaganya kurang daripada tenaga lelaki. Saya pun tak berapa pastilah kan... tapi Haifa memang agak nervous kali ni dan ketegasan doktor tidak begitu membantu.

Dia dah meronta-ronta lepas doktor sapukan ubat kebas sampai suami datang ke depan bilik rawatan. Cuma tak masuk sahajalah. Intai dari luar. Lama juga memujuk si Haifa untuk bertenang... doktor pula buat-buat 'merajuk' dan honestly, it doesn't work. Haifa lagi meronta-ronta dan saya terpaksa menabur janji manis sekali lagi.

Sepatutnya saya kena minta doktor naikkan kembali kerusi tapi entahlah, waktu tu saya macam 'apa-apa jelah asal gigi cabut'. Huhu. Entah macam mana, doktor minta Haifa nganga, dia menganga, sekejap, waktu dia nak tutup mulut doktor dah ambil plyer dan cabut sebatang gigi. Cekap jugak doktor ni. Haha. Then dia cabut lagi satu, and its all over....

Lega!

Haifa dah meleleh air mata, adik dia pun dah jadi takut kat luar so kitaorang pun cepat-cepatlah keluar dari bilik rawatan. Tapi nak cepat pun saya masih sempat berpesan yang saya nak gigi Haifa yang dah dicabut tu. Simpan untuk kenang-kenangan.

Total damage: RM140 untuk dua batang gigi. Tak kisahlah nak oi, asalkan cabut gigi kamu tu. Kesian memang kesian tapi apakan daya. Mak dulu pun cabut gigi tau, saya cakap dekat Haifa.

Sebenarnya rasa berat hati sangat menulis pasal kisah cabut gigi ni, sebab saya susah hati dua gigi kekal Haifa bahagian bawah dah tumbuh. Tapi gigi susunya masih tak bergoyang sikit pun. Doktor dah cadangkan untuk cabut, tapi maklum sahajalah kalau nak dicabut, perlu local anaesthesia dekat situ. Means cucuk... dan maknya faham sangat sakit gila kot nak cucuk.

Oh anak... bertabahlah!!!

Sampai jumpa lagi.

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.