Workation: Gold Coast Malacca International Resort

May 07, 2018
Disclaimer: This is not a sponsored post. 

Lepas habis je Sports Day di Pantai Bagan Lalang, keesokan harinya kami sekeluarga berangkat ke Melaka. Saya bekerja, suami dan anak-anak bercuti. Kadang-kadang kesian sangat dengan anak-anak sebab mak diorang ni selalu busy outstation. Asyik-asyik kena tinggal je. Jadi bila ada peluang macam ni, apa lagi. Angkut semua. Hubby pun sporting ambil cuti jadi semua happy!

Bila mula menaip entry ni, saya baru tersedar yang sebenarnya masa bercuti sambil bekerja, eh. bekerja sambil bercuti ni, tak banyak gambar yang boleh saya kongsikan. Sebabnya tak ambil banyak pun, sikit saja untuk kenang-kenangan dan juga kerana storage iPhone saya dah penuh.

Yalah, saya ni dulu bukan blogger tegar. Hidup segan mati tak mahu. Haha. Sekarang ni bila nak berblogging balik, baru terfikir, kenapalah tak snap lebih sikit gambar untuk diletakkan di sini. Tapi nasi dah jadi bubur, layankan jelah apa yang ada.

Kami check in sekitar jam 3 petang, lepas makan dulu di KFC baharu bersebelahan Petron tak jauh dengan Gold Coast Malacca International Resort. Air cond dia sejuk namatey 😑 Mentang-mentang outlet baru, air cond pun blast macam hape. Hubby (juga merangkap mechanical engineer) dok bising kenapa tak laraskan suhu. Nanti cepat rosak dsb. Aduhai abang... dah bercuti tu biorkan je le. Hehe

Sesudah check in kami terus naik kereta dari lobi ke blok apartment. Tak jauh pun sebenarnya, tapi lebih mudah jika parking berdekatan apartment daripada parking sebatu jauhnya. Lagipun waktu kami check in adalah hari Ahad, jadi ramai pengunjung dah check out keluar.

Kami dapat blok Hang Tuah, tingkat 3 kerana kami diberikan bilik studio apartment satu bilik. Malangnya nasib bila sampai sahaja di blok tersebut, kami dapati salah sebuah lif rosak! Maka hanya ada satu lif sahaja dan terpaksalah kami beratur. Dengan housekeeping team pun waktu itulah nak turun naik, sabor jelah. Kalau ikut hati nak naik tangga tapi disebabkan beg segedabak besar, siapa yang nak mengangkatnya pulak.

Sampai sahaja ke bilik, anak-anak dah gembira sebab besar dan luas, selesa, ada kitchenette, ruang tamu, ruang makan, tiga bilik tidur dan dua bilik air. Tapi dua lagi bilik dikunci pula! Saya faham bilik yang kami tempah adalah Studio Apartment, which usually means satu bilik tidur. Tapi dah ada dua bilik tu buka sahajalah. Ataupun pengurusan risau kos housekeeping naik? Oopss. Malas nak komen lebih-lebih.

Kebersihan bilik... not that bad but can be better. Saluran TV terhad. Air cond hanya ada di dalam bilik tidur sahaja. Tapi nasib baik bilik air dalam 'master bedroom' tu besar, siap ada bathtub lagi. Bolehlah anak-anak berendam. Disebabkan takde ambil gambar, jadi bayangkan jelah ye dalam kepala. Ada rezeki pergilah tengik sendiri keadaannya. Hihu..

Setiap tempahan didatangkan dengan breakfast for two dan dua tiket dewasa untuk ke Theme Park. Siapa yang pernah tidur di Gold Coast Morib pasti familiar dengan setup ni. In fact, kedua-dua resort ni di bawah pengurusan yang sama. Tapi ada sok sek mengatakan theme park Morib berkali-kali ganda lebih best daripada yang ada di Melaka. Saya tak pernah ke Morib, jadi... no comment.

Ini kali pertama anak kedua saya 'mandi' di kolam, apatah lagi yang ada slide bagai. Memang gembira betul sampai tak mau balik.

Testing the waters. 
Si kakak pun apa kurangnya. Berani naik slide tinggi sorang diri. Dipanggil nak ambil gambar pun tak layan. Seronok sangat gamaknya. Lagipun tak ramai pengunjung sangat, maklumlah hari Ahad. Cuaca pun tak berapa menentu, gelap macam nak hujan.

Airnya bolehla tahan. Nak kata bersih sangat tidak, kotor pun tidak. 
Mujurlah ada abang lifeguard meniup wisel sekitar jam 6.45 petang, berjaya juga bawa Haifa dan Hana keluar dari kolam dan balik ke bilik. Memandangkan saya masih bekerja di sebelah malam, jadi tak dapatlah nak jalan-jalan cari makan. Makan apa yang ada sahaja. Dan malam tu, anak-anak tidur lena... alhamdulillah.

Conquer katil sampai takde space untuk mak. 
Kami di sana untuk 2 hari dan 1 malam. Sempatlah anak-anak main di theme park sekali lagi keesokan harinya sementara saya bekerja. Gembira tengok anak-anak seronok, bukan selalu dapat bawa mereka jalan-jalan macam ni. Semoga ada peluang lagi sebegini di masa hadapan.

Berdasarkan pengalaman kali ini di Gold Coast Malacca International Resort, saya beri ⭐⭐⭐/ 5 bintang. Antara perkara yang saya rasa perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan:

  • Kebersihan bilik secara amnya. 
  • Penghawa dingin perlu dinaiktaraf. Berbunyi bising dan tidak sejuk. 
  • Tiada variety bagi menu makanan. Seolah-olah memanaskan lebihan makanan pun ada. Makan malam kari ayam. Breakfast kari ayam. Tengahari pun kari ayam. You know what I mean?
  • Menu breakfast pun... tak banyak pilihan.
  • Kebersihan kolam di theme park. Bayaran masuk tidaklah mahal (bagi hari biasa, weekend mahal juga) tapi fasiliti masih perlu dijaga kan?
Banyak pula membebel kali ni.

Sampai jumpa lagi.

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.