Review: The Manhattan Fish Market, IOI City Mall Putrajaya

June 05, 2018
Harap maaffffff.

Bulan-bulan pose ni tetiba muat naik gambar makanan. Huhu. Tapi sebab post ni dah berkurun dalam draft maka kita post ajelah. Lagipun dah cantik-cantik edit siap letak bookmark bagai.

Baru-baru ni (read - last month) saya selalu keluar dating dengan pak incik. Saja jalan-jalan cuci mata makan sedap. Bila berjalan berdua rasa less chaotic sikit dan lebih banyak pilihan makanan since anak-anak tak makan pedas for the time being. Bukan tak suka keluar makan dengan anak-anak ye... suka je sebab tak perlu masak. Ahem. Tapi yelah... anak-anak kalau keluar bukan mau makan sangat. Nak berjimba saja lebih.

Ok. Berbalik kepada lunch date. Kami ke The Manhattan Fish Market di IOI City Mall Putrajaya konon nak makan fish and chip. Tapiiiii. Tetiba ternampak bunting stand kat luar kedai yang memaparkan menu ini. 

Kejadian ni before PRU14 ye kawan-kawan...

Ada lagi ke tidak wallahualam.

Maka masuklah kami tanpa prasangka ke dalam kedai. Huhu.

Kedai ni terletak di level LG, bersebelahan Haagen Dasz
Waktu tu dah agak lambat, dalam pukul 1.30 tengahari macam tu. Lambatlah juga kan, memandangkan selalunya kedai makan dalam IOI ni akan penuh sekitar jam 12.30 ke pukul 1. Orang dalam kedai pun tak ramai maka kami pun assume makanan akan sampai lebih cepat berbanding jika ramai orang.

Sangkaan meleset. Sama je lambatnya, ataupun lagi lambat. Aduhai, perut dah berkeroncong makanan tak sampai sampai. Husband minta scallop & dory nugget dan saya pula baked fish & prawns yang dihidangkan bersama soup of the day dan coleslaw.


Soup of the day a.k.a veggie soup sampai dulu dan walaupun tak panas sangat (suam-suam kuku) je tapi masih enaklah untuk dihirup. Sementara menunggu main menu sampai. Dan bila dah sampai, terus ngap sehingga lah teringat tak snap gambar lagi. Kes lapor tahap gaban. Huhu.

Presentation out.
Sungguhlahhhhhh... mengecewakan. Sudahlah service lambat, plating pun ke laut. Makan ajelah labu. Nasiblah rasanya masih boleh diterima tekak. Lapor la katakan... dah nasib badan.

Sampai jumpa lagi.

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.