Life Happened

Masa 'menghilangkan' diri daripada dunia blog sepanjang tahun 2014, tak banyak perkara yang terjadi pun. Hilang sebab malas. Hilang sebab tak ada idea nak menulis. Hilang sebab tiba-tiba kena PJJ dengan husband.

Saya muncul semula pada Jun 2015. Masa tu baru 3 bulan berpindah dari Ipoh ke Putrajaya.

Hence, a new adventure. New place, new faces, new scope of work.

Nak kata busy sangat, tidak. Nak kata relax sangat pun tidak. Tapi blog tak berupdate juga. 😏 Entahlah kenapa, mood nak blogging menyelam ke laut dalam. Payah benar nak muncul semula di permukaan.

Pindah rumah satu hal. Haifa siapa nak jaga satu hal lagi. Dulu mama tolong jagakan dia. Sekarang? Terpaksalah mencari pengasuh... berdoa sangat dapat pengasuh yang baik dan dapat jaga Haifa macam mama jaga dia dulu. Dan alhamdulillah, doa itu Allah makbulkan.

Dah selesai hal anak, kami berpindah lagi. Kali ni sebab rumah yang disewa awal-awal tu jauh sangat dari tempat kerja, macam tak sesuai dengan kami yang memang dah biasa rumah dengan pejabat yang sepelaung je (over sangat).

Then masa tu tetiba (cewah tetiba) disahkan mengandung. Terkejut tetap terkejut walaupun memang TTC sejak buka implanon awal tahun 2014. Sepanjang tahun 2014 mencuba, cuma tak ada rezeki. Allah dah tetapkan kenapa tak dapat anak juga waktu itu... mungkin belum bersedia dari segi mental, fizikal atau kewangan. Mungkin?

والله أعلمُ بالـصـواب


Dah settle down di rumah baru, diam tak diam masa berlalu. Orang baru muncul dalam pertengahan 2016. Bermulalah kehidupan kami 4 beranak di perantauan. Saya ambil CMA (cuti menjaga anak) sebab risau juga nak hantar baby ke pengasuh awal sangat. Tapi lama mana pun boleh saya jaga dia sendiri, cuti tak bergaji. Betul tak?

Jadi masa umur baby menginjak ke 8 bulan, dengan rasa terpaksa dan redha, saya serahkan dia kepada pengasuh. Pengasuh baru sebab pengasuh Haifa yang dulu tak mahu jaga baby. Mujur ada kawan rekomen pengasuh anaknya, dan mujur juga pengasuh tersebut terima walaupun anak asuhannya dah agak ramai.

Alhamdulillah baby serasi dengan pengasuh (yang dipanggil ibu) walaupun ada ups and down. Memang syukur sangat-sangat Allah permudahkan semuanya.

Haifa pula saya hantar ke tadika berdekatan. Agak lama juga dia ambil masa nak sesuaikan diri sebab maklumlah, dah lama manja duduk dengan mama. Dan pengasuh dia yang dulu pun tak mengasuh ramai budak. Jadi agak culture shock jugalah dia sebab di tadika ramai kawan.

Jadi sekarang ni... macam nilah kami. Empat beranak. Jauh dengan sedara mara. Jauh dengan mak dan ayah. Belajar berdikari dan belajar untuk tidak dimanjakan.

Alhamdulillah. Semuanya baik-baik saja.



Cik Atun: Dalam hati... Ipoh juga yang dirindui.

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.