Dugaan

July 22, 2013
Mood tak berapa nak ada... entahlah... hati sedih. 

Ramai-ramai bising pasal perkahwinan kedua artis. Lantaklah. Usah diselak kain orang.

Baca berita mengenai kanak-kanak berumur 3 tahun yang dijemput pulang oleh Allah Ramadan ini. Ada rasa sesal terbit di hati saya. Bukan kerana apa, kerana saya ke page Wardina Safiyyah untuk membaca satu artikel luahan hati sahabat ibu kepada kanak-kanak ini.

Menyesal sungguh saya membaca luahan hati itu. Sedih tak terkata... kalaulah saya tidak menjengah Facebook hari ini... alangkah baiknya....

Tiba-tiba hati teringat sahabat yang mungkin kini nyenyak tidur. Singgah sebentar ke blog ibunya untuk khabar beliau hari ini.

Hati bertambah sedih. Bangunlah Peeja... anak-anakmu, suamimu, ibumu... semua menanti dengan sabar. Bangunlah Peeja... berikan semangat kepada mereka.

Bagi yang tidak mengenali, kita saudara seIslam. Mohon panjangkan doa buat Peeja.



Cik Atun: Ya Allah, permudahkan urusan kami dan teguhkanlah hati kami. Amin.

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.