Salam Kekasih Di Hari Raya

8:04:00 AM

Gelombang Biru - Salam Kekasih Di Hari Raya

Dah lama kumenunggu
Dah lama kumerindu
Tuk pulang bersamamu
Menyambut hari raya

Dah lama tak bersua
Lamaran kukirim juga
Walaupun berjauhan
Hari raya teringat jua

Walaupun kaujauh di mata disana
Sambutlah salam salam kekasih di hari raya
Hari raya hari mulia hapuskan duka dan lara
Maafkan kesilapan daku
Di hari yang mulia

Selamatlah hari raya aidilfitri mulia
Janganlah kau berduka wahai kekasih lama
Kepada ayah bonda keluarga handai taulan
Marilah bermaafan kita sesama insan

Walaupun kaujauh di mata disana
Sambutlah salam salam kekasih di hari raya
Hari raya hari mulia hapuskan duka dan lara
Maafkan kesilapan daku
Di hari yang mulia

Selamatlah hari raya aidilfitri mulia
Janganlah kau berduka wahai kekasih lama
Kepada ayah bonda keluarga handai taulan
Marilah bermaafan kita sesama insan

Selamat hari raya
Maafkan segala-galanya


Trivia: Kumpulan Gelombang Biru ni ahlinya terdiri daripada anggota TLDM. Ayah saya dahulunya sebelum pencen seorang askar, jadi beliau tahu ada kombo (band) yang menyanyi lagu raya.

Masa saya kecil dahulu, ayah ada rakamkan lagu ini pada kaset dan setiap kali musim raya, kaset itulah yang dipasang di radio. Pada kaset itu juga, ayah ada rakamkan lagu-lagu raya yang popular dulu (dan juga kini) macam Dendang Perantau, Selamat Hari Raya.

Cuma yang kelakarnya, ayah rakam lagu-lagu ini daripada radio Pernama, kadang-kadang terakam sekali suara DJ yang mencelah antara lagu. Hahaha... Bila dikenangkan balik, tersenyum-senyum saya sendiri.
Entah di mana lah kaset tu sekarang. Teringin nak dengar balik.

Apapun, selamat hari raya!

You Might Also Like

0 opinions shared

Do jot down your opinion! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

moments to remember

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Like me on Facebook

Followers