Dugaan di bulan yang mulia

August 09, 2011
Salam untuk semua. Dikesempatan ini Atun mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa untuk semua saudara saudari muslim dan tabahlah mengharungi hari untuk mendapat keredhaan dan keampunan dari Yang Maha Esa.

Bercakap soal tabah, entah kenapa ramadhan kali ini benar-benar menguji, tak kira dari segi fizikal mahupun mental. Bagi yang sedang tertanya-tanya dan bingung meneliti bait-bait kata yang ditulis,ya,memang tidak syak lagi bahawa entri kali ini sememangnya adalah sesi meluahkan perasaan.

Setelah hidup lebih 25 tahun di muka bumi yang makmur ini, sememangnya sudah pasti saya mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam karakter saya sendiri. Benar, saya keras kepala, tetapi selalunya bertempat. Saya tidak suka memanjangkan perkara yang remeh. Cukuplah membebel 5 ke 10 minit... kemudian biarkan sahaja ia berlalu.

Tetapi apa yang remeh bagi saya tidak semestinya remeh di pandangan orang lain. Saya sedar, ada mata yang memandang dan berfikiran bahawa saya tidak ambil berat.

Tetapi percayalah, saya bukanlah sengaja mahu menyakiti hati dan perasaan. Agaknya apabila sudah terlalu biasa, menganggap semua penjelasan saya boleh diterima akal... saya leka.

Mungkin saya kelihatan tabah, masih mampu ketawa dan tersenyum. Tapi ketahuilah, di dalam hati, gelodaknya hanya Tuhan saja yang mengerti.

Kadangkala saat air mata mengalir laju, hati tertanya-tanya. Begitu bersalahkah diri ini kepada Yang Maha Esa, sehingga diuji begini?

Wahai hati, tabahlah engkau... kepadaMu sahaja aku bergantung harap.



Cik Atun: Berhenti menangis.

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.