Sinar Pagi... I followwww

Saya antara pendengar setia Sinar Pagi di Sinar FM semenjak Hitz.FM morning crew dah jadi merepek. Era.FM pun tak berapa digemari, entah kenapa... Hot.FM pun sama...

Sinar Pagi... I followww~

Mungkin sebab saya ni suka lagu - lagu retro... tapi antara sebab utama suka dengar Sinar Pagi adalah..

S.Y., K.E. dan Krill!

Ada je telatah diorang yang menyebabkan saya gelak sorang - sorang dalam kereta, ataupun bergelak ketawa dengan En. Q kalau kami ke pejabat bersama. Dengar isu - isu yang diutarakan, sebenarnya menarik jugak...

Tapi 2 hari lepas K.E. dan Krill bercuti gamaknya, tinggal S.Y. ditemani Serina Chef Wan dan Nun. Jim. Mim. Nun (Najman). Terasa hilang seri Sinar Pagi walaupun incik S.Y. ada. Rase tak best, entahlah. Laju je jemariku tukar channel... ke Klasik Nasional. Hahah~

Pagi ni K.E. kembali... baru rasa best skit walaupun Krill still cuti. Dalam perjalanan ke pejabat yang makan masa selama 20 minit tu sempatla mendengar topik hari ni, entah kenapa...?

Terasa kesian bila diorang baca satu SMS yang (lebih kurang) berbunyi;

Entah kenapa, saya tak faham betul kenapa ada sorang perempuan ni suka sangat kacau laki saya. Dia pun ada laki jugak, kenapa suami saya juga yang dikacaunya?

Nasihat K.E.

Biarkan je perempuan tu kacau. Yang penting, engkau jaga laki kau sendiri...

Balas S.Y.

Ada pulak macam tu...

Kata K.E. balik

Eh, betullah...! Kalau kita jaga betul - betul, takdenye laki kita tu layan perempuan lain. Kalau dia dah layan, itu lain cerita... Ataupun kalau susah sangat, bagitau laki perempuan tadi, yang isteri dia kacau laki engkau. Tapi bawak bukti sekali, kalau tidak nanti ditamparnya engkau sebab bawak mulut... kan susah!

Dalam hati saya mengeluh. Hai lah perempuan. Apa yang kurang pada suami engkau sampaikan nak kacau laki orang lain? Kalau ada masa nak kacau suami orang, baik engkau tumpukan perhatian nak jaga rumah tangga sendiri.



Cik Atun: Mahu juga suami sendiri betul - betul... karang jadi kes macam ni kan naya! Uih! Nauzubillah!

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.