Bila Mood Raya Menjengah

10:48:00 AM

Bila korang rasa raya macam dah nak dekat?

Bila di pejabat orang dah sibuk menjual kuih raya. Walaupun masa tu baru masuk 1 Rejab. Puasa pun belum lagi, preparation untuk raya dah kick start. 😅

Saya pun dua kali lima saja. Hujung minggu lepas saya ajak hubby pergi Yummie Bakery di Bangi, sempat juga rembat Buttercup 1kg. Kononnya nak try resepi kuih raya yang dikongsi Azlina Ina di Facebook. Tapi sampai sekarang tak datang seru lagi. Agaknya nak kena puasa dulu baru ada semangat nak menguli. hehe

Baru-baru ni juga masa anak tengok Upin dan Ipin di TV, ada ulangan kisah opahnya beraya di Mekah. Dengar takbir raya terus rasa syahdu. Sejak jadi mak orang ni, hati pun macam tisu. Tersentuh sikit mulalah mata berair.

Esoknya masa di pejabat, terasa nak dengar lagu sebab pejabat kosong. Ramai yang outstation. Buka iTunes...

Ternampak pula Lagu Raya ni!

Yang bestnya, bila click dekat Lagu Raya tu....

Lagu ni saja yang ada!
Aduhai, ke mana perginya koleksi lagu raya saya? Dulu ada lagu Dendang Perantau, Black Dog Bone, Fazidah Jonet, Siti Nurhaliza... Noor Kumalasari... semua ada. Tapi ini saja yang tinggal? 

Gelombang Biru pun, Gelombang Birulah!

Sebenarnya lagu ni tidaklah begitu popular di radio mainstream. Saya rasa mungkin kawan-kawan yang bapa/ibunya ahli TLDM sahaja yang tahu akan kewujudan lagu ni kerana penyanyinya Gelombang Biru adalah kombo (band) TLDM yang sangat terkenal. 

Saya pernah kongsikan mengenai lagu ni dan juga penyanyinya dalam post ini beberapa tahun yang lepas. Lagunya agak menarik sebab diiringi band, tak sama dengan lagu-lagu raya yang lain.

Apa-apapun, semoga semangat raya yang datang nanti bersekali dengan semangat berpuasa. Anak saya yang sulung tu pun dah masuk 6 tahun. Rasanya tahun ni nak ajak dia belajar berpuasa sekali tapi tengoklah macam mana keadaannya nanti.

Sampai jumpa lagi. 


You Might Also Like

0 opinions shared

Do jot down your opinion! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

moments to remember

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Like me on Facebook

Followers