Haifa Demam!

Haifa demam?

Haifa demam!

Itulah reaksi saya saat melangkah masuk rumah Mama Isnin lepas. Saya tengok pada Haifa. Mata cengkung, tak senyum langsung, lemah, dan cuma duduk diam bila saya panggil namanya. Sedih. Terus dukung dan bising pada suami suruh cepat, nak bawa dia ke klinik.

Pukul 7 kami keluar rumah, pusing-pusing Station 18 mencari klinik. Klinik Sharina, nampak macam gelap. Ok, pusing ke Poliklinik Dr Azhar, alamak! Ada pasar malam pulak. Hujan renyai, takkan nak bawa budak demam ni pakai payung je? Jauh nak jalan pulak tu. Klinik Safri dan Hamimah, jalan yang sama! Macam mana ni???

Suami kata,

Kita keluar balik lah pukul 8! Nanti bukaklah Klinik Sharina tu, maybe tutup untuk solat Maghrib.

Saya iyakan sambil peluk Haifa kuat-kuat. Rasa nak menangis, air mata dah bertakung tapi tahankan saja.

Mungkin saya terlebih beremosi bagi yang melihat, tapi ini pertama kali sejak lahir Haifa demam. Saya tak ada pengalaman menjaga anak yang demam. Agaknya sistem imun Haifa agak tinggi, lepas cucuk beberapa kali dulu, Haifa tak demam. Tumbuh gigi sudah 4 batang, juga tak demam.

Alih-alih, ribut tak ada, puting beliung pun tak ada, demam pulak dia. Kepala saya berfikir, apa yang membuatkan dia demam? Apa yang saya buat? Air con pasang kuat sangat ke masa tidur malam? Selalu buka 28 darjah celcius je. Mandi kolam kecil pagi Sabtu? Tapi sepanjang hari Sabtu dan Ahad Haifa ok je, badan tak panas, tak selsema, tak batuk. Kena hujan? Nak tumbuh gigi? Nak meringan badan? Nak pandai berjalan???

Macam-macam terlintas di fikiran saya.

Tepat 8 malam kami keluar sekali lagi, kali ini saya pakaikan KoolFever di dahi Haifa. Takut kerana suhunya sudah mencecah 38.7 darjah celcius (bacaan di digital termometer menunjukkan 37.7, tapi perlu diingat kena tambah 1 darjah celcius kalau ambil bacaan bawah ketiak). Mujur Haifa terima je seadanya, haha, takut jugak kalau dia cabutkan KoolFever tu. Dia bukan suka sangat ada benda menempek di kawasan muka. Sepanjang perjalanan saya berdoa, sembuhkanlah anak aku ya Allah!

Sampai di Klinik Sharina, tutup! Kali ini bukan setakat gelap, dengan roller shutter sekali pun dah terpasang. Sentap saya seketika. Suami bertanya, macam mana ni?




Klinik Ravin lah! Kata saya.

Mama sudah beberapa kali mencadangkan untuk ke Klinik Ravin di Silibin (berdekatan Billion), tapi dulu setiap kali pergi mesti tutup. Masa Haifa terkena jangkitan kulat, dua kali kami pergi ke klinik ini tapi tutup memanjang. Bila sampai perkara pertama suami lakukan adalah periksa waktu operasi klinik itu. Padanlah, operasi dari Isnin hingga Khamis rupanya. Dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam.

Usai pendaftaran kami duduk. Tunggu dan tunggu. Haifa mula merunsing (a.k.a meragam la tu). Duduk tak kena. Berdiri tak kena. Ayahnya bawa berjalan diam. Tangan terkapai-kapai nak capai poster entah apa-apa di klinik (paling tak tahan ada poster graphik cara nak pakai kondom di pintu masuk ke Bilik Rawatan. T_T Tak suci dah mata anak aku). Sekali sekala merengek, gosok-gosok mata dan sekali sekala gosok KoolFever di dahi.

Dalam 15 minit agaknya kami menunggu, baru pesakit di dalam bilik keluar (sebenarnya tak tahu pesakit atau tidak, bunyi macam bergebang je lebih). Tak lama lepas tu Haifa dipanggil. Mujurlah doktornya pandai ambil hati. Hati panas sebab menunggu agak lama pun jadi sejuk dia bertanya itu ini, keadaan Haifa, tanya dah berapa kali demam batuk atau selsema...

Dipendekkan cerita, kami bayar RM55 untuk konsultasi dan 3 jenis ubat, ubat demam, ubat batuk dan antibiotik. Semuanya 60 ml. Beserta syringe yang obviously ada tulis 'For Single Use Only'. Syringe sama yang perlu digunakan untuk sukat ubat yang perlu diberi pada Haifa setiap hari. And yet, FOR SINGLE USE ONLY.

Memang tak boleh faham. Tapi nak buat macam mana. Abaikan jelah buat sementara waktu.

Balik ke rumah saya bagi Haifa makan. Mujur seleranya ada, walaupun makan dengan sedikit lambat berbanding selalu. Sakit tekak gamaknya. Dia juga batuk sekali sekala, habis besembur apa yang dimakan. Layankan aja, kalau tak kerana demam batuk agaknya dah kena bebel lah dia. Huhu.

Bagi makan ubat macam berperang. Pegang dagu pegang tangan. Susahnya tak terkata. Ubat habis dimakan Haifa dah teresak-esak dalam pelukan ayah. Yelah, mak juga yang jahat... paksa Haifa makan ubat. Tapi kalau nak baik kenalah makan ubat kan, pujuk saya bila dia cuma merenung.

Malam itu saya gosokkan vicks yang sesuai untuk baby di tulang belakangnya. Nampak dia tidur, hati saya lega. Tiba-tiba dia batuk, batuk berkahak yang membuatkan dia nak muntah. Menangis beria-ia. Lantas saya dukung, pujuk dan dodoi. Lama juga dia tidur dalam pelukan saya.

Nak ke pagi saya pun penat, letak balik di atas tilam. Bila dia batuk saya urutkan belakangnya perlahan, dia tidur semula.

Esoknya kami berdua tinggal di rumah, saya EL, tak sampai hati nak tinggalkan Haifa walaupun tahu Mama yang akan menjaganya. Bukan apa, orang tak pernah demam, manjanya lebih. Tengok muka pun dah tak sampai hati.

Pagi tu kami melambai ayahnya ke tempat kerja. Dalam hati, oh ni rasanya jadi suri rumah kot... best jugak. Haha.

Walau demam, Haifa masih aktif walaupun sekali sekala bermanja-manja, menyendeng saya. Dahinya panas saya tempekkan KoolFever sekali lagi, dia diam saja bila saya pakaikan. Selesa agaknya. Dek hidung berair, saya cuba lapkan dengan tisu tapi Haifa cukup tak gemar. Ditolaknya tangan saya beria-ia.

Saya biarkan apa saja yang dia mahu main. Biar berpeluh, baru haus. Bila haus air akan diminum, banyak minum air, haba dalam badan pun berkurangan.

Model KoolFever Bayi.
Nama: Haifa.
Kegemaran: Main panjat-panjat dan tepuk suis


Petang itu, demamnya kebah. Cuma batuk dan selsema yang tinggal. Senang hati saya walaupun dia agak kurang menyusu. Mungkin sakit tekak, minum air masak suam pun sedikit sahaja. Bila dipaksa menjerit-jerit tak nak. Pening kepala dibuatnya.

Tapi apapun, syukurlah Haifa sudah beransur sihat... terima kasih pada famili dan teman-teman yang sudi mendoakan. Semoga kalian diberkati Allah selalu.



Cik Atun: Alamak panjang pulak. Sorila kena baca esei pulak petang-petang camni. Hehe.

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.