Cerita Hindustan

Tak semua orang suka cerita hindustan. Admit it, siapa yang berani terang-terangan admit yang dia sebenarnya suka tengok after kawan-kawan die animatedly meng'hentam' genre tersebut (adeke citer hindustan tu genre, papelah, asalkan faham sudah).

One of my friends did. The conversation follows:

Cik A: Tak faham betul aku, apsal la orang suka sangat dok tengok citer hindustan tu. Bukan best sangat pun.
Cik B: Aah, betul. Aku pun hairan. Setakat lepas 1/2 jam menari dlm hujan, 1/2 jam lagi menari dekat gunung, 15 minit pastu dekat stesen keretapi plak... ape cerita tu?
Cik C: Entah apa-apa. Nyanyi-nyanyi, nangis-nangis, gaduh, the end. Itu je, sama je formula die. Cerita dok ulang mende yang sama.
Cik Atun: ..... (berdiam diri)
Cik Yana (bukan nama sebenar): Tapi Yana suka tengok citer hindustan!

Cik A, B dan C tengok Yana dengan muka yang terkejut beruk.

Cik Yana: Memang betul diorang suka menari-nari, nangis-nangis... tapi sebenarnya kalau korang tengok cerita yang memang plot die best... korang pun akan suka. Sebenarnya tak kisahlah cerita Melayu ke, Korea ke, English ke, Jepun ke... semuanya sama. Tapi kalau plot hancur, ada cast yang giler A-list pun takkan best punya.

Suasana hening seketika.

Cik Atun: (ketawa dalam hati...)

Moral of the story? Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Kan dah kena batang hidung sendiri. Suka hatila kalau nak suka cerita Jawa sekalipun. Tak salah juga nak suarakan pendapat, tapi fikirlah dulu apa yang hendak dikata. Dan bila nak bercakap tu, biarlah berlapik sikit.



Cik Atun: Suka cerita Kuch Kuch Hota Hai. Classic!

2 comments:

  1. haii.........saya takde kat opis....ruginya missed this!!

    ReplyDelete
  2. ini cerita lama la... haha~ xde kena mengena dengan seisi ofis di tingkat 6. XD

    ReplyDelete

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.