Ada apa dengan ROKOK?

December 23, 2010
Disclaimer: Read at your own risk.


Ada apa dengan rokok? Satu persoalan yang terus bermain-main di fikiran aku.

Mengapa, kerana rokok, seseorang itu sanggup mengorbankan duit di dalam walletnya?
Mengapa, kerana rokok, seorang budak sekolah sanggup mencuri daripada ibu bapanya?
Mengapa, kerana rokok, seseorang sanggup tidak mempedulikan keselesaan orang-orang disekelilingnya?

Sedap sangat ke hisap rokok? Nikmat sangat ke?

Ok, katakanlah nikmat. Lama mana? 7-8 minit. Katalah engkau merokok 10 batang sehari, so dah jadi 80 minit masa kenikmatan (lebih kurang sejam 20 minit je).

Tapi pernahkah engkau bayangkan?

7-8 minit engkau merokok, hayat engkau berkurang 11 minit.
7-8 minit engkau merokok, engkau dah tingkatkan risiko anak kecik engkau dapat lower tract respiratory infection.
7-8 minit engkau merokok, isteri engkau yang pregnant tu mungkin akan deliver premature baby, dan mungkin jugak terjadi premature death.

7-8 minit engkau merokok, baju aku yang wangi semerbak bau minyak wangi Hugo Boss Femme pun boleh jadi busuk hanya disebabkan engkau merokok dalam kantin.

Engkorang kan bijak pandai belaka? Tak reti nak fikir ke? Kantin tu, enclosed space. Ventilation pun tak berapa nak elok. Kalau dulu... sebelum diorang letak sign;

DILARANG MEROKOK
DENDA RM30 000 ATAU PENJARA 3 TAHUN
ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI

Aku takdela nak bising-bising macam ni, sebab of course korang kata, tak de sapa larang pun.

Tapi, lepas sign tu dah dipasang depan bijik mata engkorang, tak reti-reti lagi ke nak baca? Ke engkorang tak faham bahasa melayu? Tapi kalau engkorang tak faham, macam mana korang boleh jadi kakitangan kerajaan yang menggunakan sepenuhnya bahasa melayu sebagai perantaraan? Tak faham betul.

Ke engkorang nak aku tangkap gamba engkau sekor-sekor pastu bagi dekat pengarah? Ataupun nak suruh aku tempek kat blog ni?

Takkanla nak wat macam tu skali. Korang tu dah besar panjang.

SILA BERKELAKUAN MACAM ORANG YANG MATANG.

Ini tidak, masa aku bangkitkan isu ni dalam mesyuarat, mula nak pandang sinis kat aku.

Pandangla, pandang. Aku tau aku tak salah. Pandangla lagi. Ingat sikit muka ni. Mana tau satu hari nanti, aku jadi bos engkau. Masa tu, bersiap sedialah.



Cik Atun: Sakit hati.

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.