Haifa dan Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr. Saiful

Bulan ini sahaja, dua kali Haifa 'menghadap' doktor pakar kanak-kanak Dr. Saiful di Sg. Chua, Kajang. Semenjak berpindah ke sini, kami memang selalu ke klinik ni kalau Haifa tak sihat. Di klinik ini jugalah Haifa dan Hana dapatkan suntikan pneumococcal.

Ada juga kawan-kawan bertanya, kenapa ke klinik yang jauh dari kawasan rumah kami?

Jawapannya mudah.

1. Yang memeriksa dan memberi ubat adalah doktor pakar.
2. Dr. Saiful mesra kanak-kanak dengan wajah yang friendly (doktor Haifa di Ipoh dulu nampak garang dan Haifa macam takut-takut sikit dengan doktor tu)
3. Consultation fee dan harga ubat sangat berpatutan 

Berbalik kepada cerita Haifa.

Demam berlarutan. Makan antibiotik sihat. Dua minggu lepas tu demam balik. Ingatkan sebab kami bawa dia cabut gigi hari Sabtu lepas. Dr. Saiful check gusi dan evertyhing, rupanya Haifa kena tonsilitis! 

Dapatla sebotol antibiotik untuk dihabiskan.

Oh ya. Satu lagi sebab kenapa kami suka ke klinik Dr. Saiful ni... semua history berkenaan Haifa ada disimpan di sini. Dr. Saiful boleh tahu Haifa tak pernah kena tonsilitis, tak pernah makan antibiotik apa, selalu demam sebab apa etc etc. Kan mudah sebab mak dia ni pelupa. Huhu.

Inilah rupa klinik tu. Tak gempak wow mana tapi bersih dan kemas. 

Bilik Dr. Saiful. Klinik ni berkongsi dengan Pakar ENT Dr. Esa


Ruang menunggu. Selesa jika Klinik ENT tak buka. 

Waktu rawatan pula agak unik sikit.

Setiap Isnin, Selasa dan Rabu - 10.30 pagi sehingga 12.30 tengahari 
                                                   6.30 petang sehingga 9.30 petang
Setiap Khamis dan Jumaat      - 6.30 petang sehingga 9.30 petang
Setiap Sabtu                            - 11.00 pagi sehingga 4.00 petang
Ahad/Cuti Umum                   - TUTUP

Alhamdulillah lepas makan antiobiotik dan ubat demam, Haifa dah ceria. Selera makan dah pulih. Semoga sihat sentiasalah hendaknya, dengan cuaca tidak menentu sekarang ni. Amin.



Cik Atun: Semoga kalian yang membaca juga sihat sentiasa. Amin.  

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.