Ujian kecil...

Hari ni... terasa mau mengadu. Si buah hati intan payung, kedua-dua tidak sihat. Mau bersembang, yang sorang cuma tahu berbahasa 'German' dan menjerit. Yang sorang, bila ditanya, leher ditunjuk tanda sakit.

Sudahnya terkebil-kebil seorang. Baru teringat ada blog yang lama tidak dikemaskini. Biar diluah semua disini.

Anak demam. Sejak sebelum puasa. Kebah sekejap, kemudian demam balik. Lepas raya batuknya menjadi-jadi. Kahak banyak. Diperiksa pakar, katanya sudah semacam semput sebab jangkitan kuman. Diberinya antibiotik disuruh habiskan. 

Mulut anak disumbat ubat. Mujur juga dia tiada masalah, hanya menadah mulut. Nyam nyam katanya. Sedapkah anak?

Habis antibiotik suhunya naik. Mencecah 38 darjah, saya menangis sambil tuam badannya dengan air suam. Balik ke klinik itu, doktor kata jangkitan kuman. Mulutnya ada ulser, gusinya bengkak. Diberi antibiotik makan 5 kali sehari. Ibuprofen lagi. Sumbat lagi ke mulut anak.

Demamnya kebah siang. Malam panas menyenggor kata orang Perak. Hati bertambah risau. Air mata dikesat usah dinampak orang. Satu petang sengaja  mahu melihat kalau-kalau ulsernya baik, gusinya surut bengkak.

Yang dijumpai darah di sana sini. Terus ke hospital mencari solusi. Terbang seratus dua tidak apa... asal anakku sihat sediakala. Anak, sihatlah kamu!

Ubat disumbat lagi. Emak sampai dari kampung menjenguk cucu. Hati terasa lega sedikit... tapi sang suami pula mengadu panas... rasa tak sihat. Hati risau kembali.

Pagi itu... naik segala ruam di muka anak. Sahlah! Sekam datang bertandang... kasihan. Tapi dia nampak bersemangat... demamnya sudah kebah. Yang tinggal tompok merak yang mengganas sehingga tapak kaki.

Si ayah pula merengek sakit. Tak tahu apa harus dibuat, ubat juga disogok. Dengan kata memujuk pergilah jumpa doktor. Dia menggeleng. Hati runsing.

Hari ini... si ayah MC. Emak terpaksa ke pejabat. Sudah 4 hari tidak menjenguk, kerja makin menimbun. Semangat tidak ada. Sudahnya lebih banyak menung dari bekerja. 

Hati runsing. Sihatkanlah suamiku ya Allah. Sihatkanlah anakku ya Rahim.



Cik Atun: Sabarlah...


No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.