Kerana Encik Rango

March 30, 2011
Teringat-ingat muka innocent Encik Rango memeluk ikan mekanikal kuning dalam poster. Setiap kali terpandang, rasa nak gelak pun ada.Bukan apa, teringat peristiwa lucu masa nak pegi tengok Encik Rango beraksi beberapa minggu yang lepas.


Atun dengan En Q sebenarnya memang dah lama tak pegi dating tengok wayang atas sebab yang tidak boleh dinyatakan disini. Huhu. Nak dijadikan cerita, disebabkan teringin sangat nak tengok Encik Rango ni, kitorang pun bersepakat nak pegi cinema jugak weekend tu. Al-maklum, masa tengok trailer macam agak best.

Jadi En. Q pun belila tiket online, pukul 8 malam kat TGV Kinta City (Jusco Ipoh la tu.. heheh). Dengan jayanya kami pun sampai 1 1/2 jam lagi awal, jalan - jalan kat Jusco dan pegi solat maghrib dulu sebelum masuk panggung.

Tepat jam 7.45 pm, kami dah tercongok kat depan panggung, siap beli popcorn and mineral water lagi untuk bekalan saja - saja nak makan. Bila dah masuk, En. Q kata nak pegi toilet sekejap, jadi dia tinggalkan saya dekat our comfy twin seat.

Sambil menunggu, Atun mula mengunyah popcorn sampaila ada this Chinese couple came and declared the seat was theirs!

I was like...

O_o ehhhh????

Diorang mintak nak tengok tiket, tapi tiket ade kat En. Q. Dengan rasa tak berapa nak puas hati, Atun bangun dari seat tu, but still biarkan je popcorn atas kerusi and immediately call En. Q.

Abang, ada orang kata seat kita diorang punya...

En. Q suruh tunggu and masa dia masuk, Atun just tengok je die terus approach the couple. Sesi tunjuk menunjuk tiket bermula. Atun pun tumpang sekaki. Tengok nombor seat identical. Dalam hati kata, Sah! Glitch la ni.

Then tetiba the lady cakap...

Tiket you esok maa.... tengok... 13hb!

Malunyaaaa!!!! T___T Sambil bergelak ketawa kerana kesilapan sendiri, kitorang terus keluar dari panggung.

En. Q kata ini first time jadi macam ni, selama hari ni beli online tak pernah beli tersalah hari! Entahla, agaknya bukan rezeki kot.

Akhirnya kami menonton Encik Rango keesokan harinya. Lepas teringin. Cuma ralat sikit, ceritanya menarik tapi terlebih 'stretch' sampai rasa bosan skit masa second half. Tapi Encik Rango punya pasal... kami masuk panggung sampai dua kali. Walaupun tak sempat nak tengok pun the first time around.

Bebelan En. Q lepas cerita tu;

Bosan... dalam trailer macam best.

Itulah, lain kali jangan percaya sangat dengan trailer. Contoh latest, Sucker Punch. Trailer gempak bagai nak gila, tapi bila tengok movie? Anda yang dah tengok je tau. Ye tak Cik Pinas?



Cik Atun: Nak tengok Black Swan. Tapi entah bila plak boleh tengok.

1 comment:

  1. HAHAHA.... i pernah jadi kejadian begini. untuk cover malu dengan mereka2 yang ikut (adik, sepupu, kakak angkat, abang angkat, anak2 saudara kepada abang angkat) i telah menebus malu dengan meng-pproach the counter and switch into Unstoppable. bayangkan budak darjah 1 tengok unstoppable yang banyak mengejutkan.. T___T

    Sucker Punch ni memang tak sangka tak boleh blah. the trailer chosen only good scenes and cover benda lain. tapi, not badlah. cuma kecewa dgn GSC :'(

    btw, hati tgh riang nak balik ipoh ni...i'll be there on friday afternoon. malangnya takde kenderaan nak pegi melawat korang di opis....

    ReplyDelete

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.