Dunia blog yang ditinggalkan

July 27, 2011
Sudah agak lama saya tidak menulis.

Sibuk? Tentu.

Kehidupan di alam maya memang sudah telalu jauh ditinggalkan kerana kehidupan di alam realiti menuntut fokus sepenuhnya. Bukan tidak rindu, malah ada detik dan ketika apabila menaip perkataan-perkataan dalam laporan terdetik dalam hati,

dah bersawang blog aku...

Tapi apakan daya, masa yang ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Bukan tidak banyak perkara menarik yang telah berlalu. Terlalu banyak sebenarnya, ingin juga dikongsi bersama di sini. Paling tidak, memori itu akan terus berada di sini, tidak terus disemadi jauh dalam kotak fikiran.

Insyaallah, apabila masa dan tenaga mengizinkan, saya akan berkongsi. Paling tidak, dengan diri sendiri apabila menaip di sini sekali lagi.



Cik Atun: Bahasa berbunga-bunga...

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.