Update sekilas...

Dok tengok-tengok majlis Xora, hati pun berdebar-debar menanti majlis sendiri.

Macam biasa, trademark sendiri kan last-minute bride... so memang semuanya tak siap lagi. Haha~

Tapi banyak mende dah dimulakan. Hantaran on the way, langsir dah separuh pasang, inai sudah disian tunggu untuk ditumbuk.. baju sanding sudah fitting menunggu untuk refitting (walaupun ada sedikit isu dengan Butik Pengantin itu!!! Tetapi kita tunggu dan lihat hasil esok), pelamin n room deco akan dia pasang esok. Goodie bags pun dah 300 diisi, on the way 500 more.

Entahla... hendak rasa apa pun tak tahu. Tapi tak nervous langsung kerana kepenatan....

Kepada kamu yang membaca blog ini, silent reader ataupun tidak... tolong doakan untuk majlis saya, supaya lancar dengan cuaca yang cerah... sebab disini beberapa hari kebelakangan ini asyik hujan... T_T Tolong ya? Semoga Allah memberkati kamu.



Cik Atun: Ini post berjadual.... sudah tiada masa dalam tangan. XD

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.