Updating... on my wedding preparation. ^^

Sudah lama tak update... heeeee~

Nak buat macam mana, busy sangat. Haha~ entah ape - ape. Tinggal 2 bulan je lagi, tapi kad kawin masih belum ditempah. Bagus x? Adoila.... susah betul nak buat pilihan. Nak custom made pnye design kad, actually dah siap dah pun design kad nye.

Tapi............................ cari punya cari xde kedai printing yang bagi murah skit. Ingat kalo design sendiri semua siap, xde la nak mahal sgt kosnya. Rupa - rupanya macam sama je. B2B lain ade tak tau mana-mana kedai printing yang boleh print custom made designs dan kosnya takdela mencekik darah. [Tight budget ni... -_-;;] HELP!

Baju nikah yang dihantar ke tailor masih juga belum siap. Auntie tu kata, nak wat pas raye sebab time ni die sibuk wat baju raye. Dia takmau buat lagi sbb die kata nak wat elok2, kalo wat sekarang serabut. So, saya cakap buatla apa yang patut, asal pertengahan bulan 10 dah siap.

Veil nikah juga sudah dibeli. Tapi blindly beli tanpa bawak baju nikah tu untuk rujukan. Almaklum, kain still ada kat tailor, jadi main serkap jarang je ambil. Tak tahu sesuai ke tidak, hujung minggu baru ni nak balik ke rumah (cuti panjang, yeay!) and tengok and compare. Kalo tak betul, dah cakap dah kat uncle kedai tu nak datang tukar. Mintak-mintakla die ingat lagi muka saya ni nanti, kalau dibuatnya veil tu tak padan langsung. Kan naya kalo tetiba die claim, 'bukan kami yang jual veil ni'. Sudah. Nauzubillah. XD

En. tunang pun dah hantar baju nikah die ke sorang tailor Penang. Terharu sebab dia beria-ia cari kedai yang boleh buat sulam kat tengkuk, poket atas and tangan. Ingatkan die nak buat yang biasa-biasa je. Tu yang suruh je die cari tailor kat Ipoh ni.... rupa-rupanya die ade rancangan sendiri. Thanks awak~!


Baju sanding sudah dipilih. Last-last, mintak butik tu buat baju baru. Kerana jadi orang pertama yang nak pakai, ongkosnya perlu ditambah... so tambah jelah. apa nak buat. Tapi kerana baju sanding sudah ditetapkan, warna tema pun dah muncul [alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak finalise warna tema].

Pelamin pun dah finalise, dah tukar ape yang patut mengikut warna tema. Dah tetapkan nak kerusi macam mana ape semua. nanti kalo nak upgrade ke pape, semuanya nak buat sdn. bhd. je. Hehe~ we'll wait and see.

Hantaran pun dah siap beli semuanya, kecuali sirih junjung dan kek... bekas nak letak hantaran pun dah beli, dulang pun mak dah siap belikan [TQ mami!] Cuma bunga and deco untuk hantaran belum dibeli lagi. Tengokla dalam this week, kalo ade masa nak lari ke kedai bunga and cari yang lawa-lawa skit. Tak boleh nak guna fresh flowers untuk hantaran, sbb kenduri di sebelah en tunang jaraknya ngan kenduri di rumah saya nak dekat sebulan. So kenala fikir alternatif lain. Bila nak menggubah tu, tak tahu lagi. Hahahah~ tgkla cemana nanti.

Cakap pasal bunga, saya dah beli 2 pomander ball. Malas nak DIY, takut tak jadi. Lagipun xde la mahal sangat. Total damage dalam RM40. XD [fikir-fikir balik, macam mahal pulak. hahaha~]

Katering ayah dah settlekan. [TQ ayah!] Jugak khemah pengantin and all that. Cuma belum finalise lagi kat caterer tu khemah nye scallop warna ape sebab masa tempah dulu tak tetapkan warna tema lagi. Sekarang dah tetap, so maybe nanti boleh pegi bagitau diorang. Dan kerusi makan pengantin pun belum settle. Sebab katerer ni tak sediakan. Adusssss.... poning kepalo den.

HIV test, borang nikah semua still belum disettlekan. Huuhuhuhu... en tunang pun belum settlekan sebelah die lagi. Saya pun, sbb die proscinate, kita pun berjangkit.


Photographer pun belum settle lagi! Adoiiii... susahnye kalau ade dua pendapat bertentangan daripada dua orang dalam famili. Susah macam ni. Ini pun, harap-harap, boleh settle minggu ni jugak.

Kasut... fikir pasal kasut ni...... rasa macam nak beli. Boleh tak? En tunang, sponsor please???? ^^

Juga teringin nak DIY bunga tangan sendiri! Nak beli bunga ros hidup and buat. Tapi yang ni pun, let's wait and see!

Juga nak pegi try [dan kalo serasi, beli] Estee Lauder's Advance Night Repair yang disyorkan oleh Zaila dalam post beliau Muka Kusam - Quick Fix. Muka mmg tak berapa nak licin dah skang ni. Dulu xdela teruk sangat berjerawat. Sedih betul, dah naik kawin baru tumbuh. Cubaan.....

Yang lain... bunga manggar, bunga pahar, goodie bags, bunga rampai dan segala mak nenek lain, belum disettlekan!!!! Memang sangat tak organised betul. Buat mende main ikut mood, itulah.

Jadinya! Insyaallah akan settlekan bits by bits. Redah ajelah. ^^



Cik Atun: Oh ye! Cincin en tunang tak dibeli lagi! Huaaaaaaa~~~~~

4 comments:

  1. salam...cik Atun..nk tanya ckit bleh?awk pegi butik pengantin pe ye?area mn ek?

    ReplyDelete
  2. Atun cari dekat ngan area umah jer... Atun bukan orang Ipoh, cuma keja je kat sini. Tunang yela orang ipoh. Huhu~

    Rida nak nama butik yang Atun g kat area umah ke, kat ipoh punye?

    Sorila lambat balas. tak perasan.

    ReplyDelete
  3. Atun ambik kat Baling, Busana Sri Fitri nama butik tu sebabnya dia ada banyak pilihan baju.

    And lagipun kat diorang ni, boleh buat baju baru. Xde masalah, just tambah duit je dlm RM 200 utk baju lelaki&perempuan.

    Make-up pun nmpak ok, tapi yang make-up ialah lelaki. XD

    ReplyDelete

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.